burday c0unt

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 30 April 2013

Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain








“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

 # sumber: akuislam.com 

Saturday, 20 April 2013

DI KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

Assalamualaikum..

memandangkan mo0d ak agak baek sikit harini,*sbab lecture suddenly cancel,dan ak lak dh b'siap comey2x

 dh time tuh.,then get a msj from one my frend ckp klass cancel..

bygkan nak je ak jerit smpai gegar apartment ni,baru puas hati aku..haishh

back to de business,jgn salah palhem..

entry ak kali ni bkn pasai class cancel,tp tentang prom nite batch ak

yg b'temakan "DI KALA MALAM BULAN MENGAMBANG".

tajuk mcm scary kan! biasalah propa je lebih2x..

but don't wory tajuk tidak melambangkan apa2x..

sebenarnya that nite,kitaorg suma dikehendaki dress up gaya zaman klasik 50-60an gitu uollz 

alahh,ala-ala zaman P.ramlee & Saloma,nek Vespa brutt brutt dulu2x..

tapi ak & the geng tadak la smpai nak nek vespa g dinner tuh*mana nak cari vespa zaman skrg,

klau ada pun mmg taubat la ak nak naek..

dibuatnya moto tuh datang asma n semput dye ngah jln,xke naya ak..

dh plak kena came early,to makesure preparation of food suma b'jln lancar..

kalau dh namanya AJK MAKANAN t'peliot kt tgh jalan,

alamat makan bunga orkid atas meja tu je la VIP oit. :P

1/2 untuk kau,1 untk aku..bhaha

enough until here..let de picture speak by its own. Enjoyy ^_^
mulakan ngan pic owner of dis blog,baru berkat..hee
aku & kechek *pronouns harus betoi

baru t'perasan belon tuh same kaler ngan baju aku..
IDOP HIJAU
# me with Aimie Amran
khusyuk dgaq Dekan b'ucap except ________!
haishh la

king of the nite A.K.A pendekar mustar.
c0ngratzz senior

crews member yg b'tungkus lumus m'banting tulang*wah ayat* utk m'jayakan mjlis ni..

meja pendaftaran #sila daftar t'lebey dulu sebelum masuk..tuntuntun

ohh kayh warna trapic light..PERFECT !
merah- b'henti,kuning-sedia untk b'henti,hijau-apa lg jalan daa (:

jyeahh! we'r housemate
Cc : Umair with Pejal


Gadis melayu terawal not terakhir with Princess Pandelela  =D
Last but not least, org kuat event ni merangkap Pengarah projek !
cc: Syazwan Aiman
  
thanks for reading (:

Saturday, 16 March 2013

Pesanan buat kekasih halalku



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia
..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan

dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…  (◠‿◠)




Saturday, 9 February 2013

the end !


Assalamualaikum (:

berakhir suda drama b'siri ' Setia Hujung Nyawa' yg m'jadi kegilaan ramai t'masuk ak..

ending dye cukup marvellouss! so sweet <3

finally El & Zain together2x gak akhirnya..

part yg paling best,bila Zain ckp nk honeymoon kat maldives Island

tp rupanya2 dye ada wt surprise untuk El..haishh

siap ngan gmbaq retis favourite El lg "Lee Min Ho"..

haah,ak lak yg caiq lebuqq! 


tapi kesian plak kat Iqram A.K.A Kak Bedah ( hok alorhh) :(

sdey gyla dye nak lepaskan El..but he have to do so..

ak b'simpati ngan ang iqramm..

sbab tuh owg tua2x ckp,kalau betul kita sygkan someone tuh sincerely,

kita pasti bahagia jika si dia pun bahagia..alolo =,=

even dalam al-Quran pun ada ckp

"perempuan yg baek adalah untuk laky yg baek"..kannn! hahax

nothing much to say,just enjoy dis pic (:

EL: sy akan setia sampai ke hujung nyawa..:P

SHN teamm..

p/s:- yg belah kiri pkai bj kaler putih tuh sy punya ya! hrp maaf..wuekk =D

h0neymoon timee! sumpah jelezz..

ak nak bakal husband ak gimik cmni gak..

tp xmao la lee min ho..

nak kim bum..hee

*nakjugak nakjugak..--> smbil b'guling-guling golek-golek terjun katil

# tanx for reading (:

Xoxo 
 ツ ♥

Saturday, 26 January 2013

AKU KAH YG B'SALAH ??



Assalamualaikumm (:

Lama dh tak update blog neyh,kerna sesungguhnya bila mo0d cuti da smpai

suma kerja tak m'jadi ..except makan,tido,mandi *nmpk sgt alasan je tuu..

ataupun dlm bhsa kampungnya d'panggil "MALAS'..hee

okeyh, msti korang t'tnya2x kan,y ak letak video kat atas tuh?? apa motif aku??

hmm,sejujurnya ak pun xtaw np ak upload dis video..

N0 REAS0N !

tapi yg pastinya video ni amat sedey & got it's own sentimental value..^_^

alang2x dh masuk bab sentimental ni kan,ak nak wt curahan perasaan sikit la..huhu

apa3x?? takmao dgaq-takmao taw?? tak kesah sila tutup mata,dan pekakkan telinga anda..haha

sebenarnya kan, ak da s0wg mmber ni..

dye ni dh da kapel..apa yg ak bole katakan,dye ni syg thp gaban punya kt gF dye..

walaupun ak tak la penah jmpa awek dye,tp ak bole rsakan mcm mana perasaan dye kat awekk dye..

haha,da mcm nujum pak belalang la lak kn!

but,suddenly they are CLASH..

ak taktaw atas reason apa..

tak kan la ak nak nyampuk haL rumah tangga orang kan

tu kepochi namanya* ak bukan that type

tp kdg2 ak t'pkir,ak ka punca depa clash??

tapi kalau ikut logik tak mungkin ak puncanya,sbab gf dye xpenah kenal ak

except klaw mmber ak yg cerita..

ak takut ak lhaa punca depa clash,yelah sbab ak bole tahan rapat gak ngan mmber ak ni..

mana la nak tw kn..pompuan kt cpt jelezz,!

mana ak tw?? choyy,sbab ak pun p0mpuan jugak..haishh

tapi kalau ak la puncanya,ak minx maaf lhaa, :(

ak snggup g ckp kt gf dye yg ak ngan mmber ak( Bf dye) ni tadak pa2..

kami tak lebey dari status sahabat..

asalkan diorang baik semula..hmm

tapi patutkah ak wt macam tuh?? klaw ak p ckp kt gf dye,then

suddenly diorang break because of other reason

tak ke MEMALUKAN DIRI SENDIRI namanya..

dh la memalukan dri sdrix,pastu t'bongkar lak kes ak rapat ngan bf dye..

elok dye taktaw,dye bole taw kuwt klaw cmni la gaya ak..

hoishh,it's complicated!

apa patut ak buat?? arghh* menjerit ibarat ada kt atas kaki bukit

Sunday, 30 December 2012

Happy New Year ! !

Assalamualaikum..

Excited nak wish Happy New Year 2013 kat suma readers & stalkers

blogg neyh (:

so, apa korang punya azam tahun ni??

share la ngan titeww!! HAHA~*

Nyampah i..

soryy =;=! pala agak tingt0ng ckit minggu ni,

al-maklumlah , exam nak dekatt..

s0,tekanan ( pressure ) yg agak tinggi,m'yebabkan keadaan sy m'jadi begini..

tnggu masa je nak luah/ muntahkan segala ilmu yg ada dlm pala0tak..haishh

hmm,apa azam aku kali ini?? *give me 10min to think

haa,this year aku b'azam untk belajar b'sungguh-sungguh #mcm bdx skola la lak..

sat tulih pun tak habis lagi, continue baca !

until i get a 'DEAN LIST'..*mohon jgn ketawa-siyesly

tinggikan azam aku,fuhh! tak taw bley t'capai atau tak..

tp inshaallah "man jaada waa jaada, waman zara'aa hasada"

sesiapa yang berusaha dia pasti berjaya.amin !

Lupa nak ckp,sempena tahun baru ni,percaya atau tidakk ak suda berusia 20thn..

waa :( i getting older and older now..huhu

what should i d0?? hmm..

mybe this is a right time for me too TINJAU-TINJAU who will be my partner..hee*malu2 bewak

so,pasni tuk ak boleh la stop interview ak tentang ak ada bf ka x..

kerna cucu mu ini telah b'sedia untuk meninjau2 calon2 yg sesuai..

haishh,bertuah la sapa gerangan tuh..kn3!! #kidding

apa2 pun wish u all happiness and cheerish in this new year,hopefully~

sem0ga tahun baru ini memberi seribu satu rahmat buat setiap muslimin & muslimat

di seluruh dunia..AMIN

dan...

tak lupa juga semoga Allah memelihara ikatan persahabatan ak dan sahabat2ku

-ukhwah till jannah..inshallah.. (:


Tanxx for reading ~ graciass (:
Winkwink 


By:-

fana



Friday, 16 November 2012

Maafkan Aku :'(

soryy klaw entry kali ini agak sedikit sad :(
sbab Tuan Blog ni tengah berdukacita di saat dan ketika ini..s0bsob#


Tak pernahkah kau sadariAkulah yang kau sakitiEngkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkariOh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagiaWalau tak bersama diaMemang tak ‘kan mudahBagiku ‘tuk lupakan segalanyaAku pergi untuk dia

tahu tak lagu apa kt atas ni??  tipu la kalau tataw!

mmg kateg0ri ketinggaLan zmn la cmni..*m0hon terasa!

ak suka gyla lagu neyh,since 1st i heard it

"LAGU BERHANTU" bg diri akuu..

Kepada hang ( MR.0hsem),skunk ni ak nak ngaku !

haa,mmg AKU SAYANG ANG ( ! ) ( ! )..

Tp ak x'tgamak nk ckp kt ang,sbab ang dh ada MRS.A ^_^

s0,biaqlah ak juz simpan je feelings ni..ang xperlu taw soal ni..

ak xmaw jd perosak hubungan ampa dua0rang..

aku hepy kalau ang bahagia..

walaupun stiap kali kita chat,kdg2x tersebut tentang MRS.A *baik ang/ ak yg sebut,
sakit & jelous tuh mmg ada..aku xdpt nafikan..

tp apa boleh ak buat hanyalah sekadar pretend to be hepy depan ang..


weyhh,kalau la ang t'baca entry ni,ak nk minx maap kt ang..

macam ang ckp,ak mcm naktaknak ja layan ang..

sory weyh kalau ang terasa mcm tuh,ak xb'mksud pun..

aku seronok sgt kalau ang inb0xx / chat ak,tp xkan la ak nk 0bvious nak tunjukk kan!

tapi kalaw dh ary2 ang inb0x ak,cmna ak nk lupaka ang..payah weyhh..

s0,cara yg t'baik yg mampu ak buat adalah ngan xreply inb0x ang, buat2 marah ang even ang xwt salah pun

m'besarkan2 problem yang kecil,sikap endah x endah..

kalau ag ckp nk  jumpa, aku pretend bz & bg 1000 alasan la supaya xboley jumpa..

ikowtkan hati ni,nk ja ak say YES! bila ang ajk jumpa..

but,soryy i can't..

menda ni suma ak buat atas 1SEBAB ja..

SUPAYA MUDAH AK LUPA - LUPAKAN RSA SUKA+ SAYANG KT ANG
                                    -LUPAKAN FEELING BODOH  NI



Aku pun xphm ngan dri ak..mcm mana la ak boley syiook kt ang..

ntahh la,bg ak,ang ni Unique & Special sgt compare to others guys yg cuba pikat ak selama ni..

klaw guys len,diorang cuba jga hati ak sebaik mungkin + b'madah segala bgai,

but

ang lak sebaliknya..suka sakitkan hati ak and jenis straight to the p0int ja ckp

mungkin sifat ang ni lah wt ak jatuh cinta kt ang~

suma ni salah ang la..
sapa suwoh wt ak FIL ( fall in love ) kt ang..grr!!



ang sedar x satu perkara,

ary tuh cuty 1minggu kita plan nk jmpa kt p0rt besa*ak dgan pksa rela kena p,sbab ang yg paksa

ttba suddenly,ang text ak xjd jmpa coz nk g family wedding.

h0nestly, frust jugakk la ak time tu,tp apa boley buat kn.FAMILY COMES FIRST (:

ak ingt lg,masa tuh ang beria-ria minx maaf kt ak..tkowt ak terasa hati..haha

xpa2,ak ampunkan kau..ngee =D

next,ang bg idea ajak jumpa time cuty mid-sem ni,

hmm,ak nk kata pa lg,s0 ak ckp la ikowt ang la weyhh..

ang siap fix date lg byla date sesuai nak jumpa..

sejak tuh,ang xabes mention xsbaq jmpa ak lhaa,itu la,ini la..

mmg 6pak sgt ang x-cited gila babun time tuh..

suka ak tgok ! haha

then,byla tiba date tuh,ang snggup b'tolak 2jam awai dr wktu yg d'tetapkan..

sedangkan kulim ngan penang,bukan la jauh mana..dekatt coett ja..

suddenly,tiba2x ang text ak ckp moto ang wt hal..

time tuh ang dh ada kt seberang..

ang siap pesan g supaya ak jgn b'siap lg,tkowt moto ang rosak terukk,t kena bwk bengkel..

dok 6pak dh,konfirm xjadi jumpa lg..huhu

tuhan ja taw perasaan ak..

at that time,ak cm rasa cm something wrong dah..

yelah,ni kali ke-2 weyy kita cadang nk jmpa,tp smpai skunk xjd jumpa lg..

se0lah-olah,kita mmg tak ditakdirkan untuk berjumpa dh weyy..

itu yg aku rasa sekarangg!

aku taw suma ni bukan salah ang,dan ak pun xpenah salahkan ang..

tapi ni la dinamakan takdir or destiny.

cukup la smpai setakat ni ja wey,pasni ak hrp kita xyah la nk jmpa2x dah..

kalau ada apa2,u'r pleasure to msg me/ hello ak..

ak xkesahh sbab ak still sygkan p'sahabatan kita..

lg 1 weyy,ang jga MRS.A elok2x tw..

jga perasaan dye n jgn sakitkan hati dye mcmana ang sakitkan hati ak..ingat !!

ckp kt MRS.A, yg dye beruntung sgt jmpa ang dulu sebelum ak.

ak doakan ampa 2 org bhgia weyh n kekal smpai bila2x tw ^_^
syg ampa 2org,wlaupun ak xpenah knai MRS.A But i know she is the most luckiest person..<3<3