burday c0unt

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 3 May 2014

Santai d'Pantai Sri 7


Hyep kawan (=

Harini mood rajin t'lebeh nak update blog. Just nak share keseronokan + kehepian fana & members

kat blog neyh. Maklumlah hnya tinggal 2 bulan ja lg,i will completed my dip at USM kesit nii. Inshallah (:

lepas neyh, masing masing akan bawa haluan idop sdrixx. So, masa yg ada neyh lhaa harus d'manfaatkan 

sebaik-baiknya untuk spend masa ngan kengkawan.huhu

Baru- baru ni,kami suma plan nk g jenjalan kat Pantai Sri 7,Tumpat. Kiranya dlm 45min lhaa dari Kubang 

Kerian ni. Otw nk g,salah sorang mmber b'hasrat*eceh ayat kemain*kununnya nk beli

pinggan mangkuks untk mak dia kat Pgkln Kubor. singgah la sebentar. Taksangka rupa-rupanya Pngkln

 Kubor ni Zon Bebas Cukai ala-ala Rantau Panjang & Pulau Langkawi gitu uolls ;

Fana neyh bukan bule  dgaq ZBC,mata ni tetiba cingcing$$$*org pompuan la katakan* *ayat cover*

 dari xdk nk beli apa2,ttba nak juga beli sumething..tak kira tak kira,wajib beli sesuatu..hahaha

itulah perempuan.ghejo m'habiskan duet je, :P

tp takpa,mak da bagi izin..hehe

Memandangkan bajet yg da pon xbnyak,*x plan pun nk belok sini*so pndai2 ehkau la fana.

hmm :(

Last2 ,Fana hnya beli pepero,perfume & pallazo untuk mak saya.hewhew..cukupla tuh..

takley banyak2 sgt..FAMA xmasuk lg :(

ohh ya,tmpt ni dkt sgt klu nk p thailand. urmm,org yg g nikoh kt Siam tuh ikut jalan ni la gamaknya..kantoi 

suda!



Lpas singgah solat,next destination is Pantai Sri 7..yeayy!

ramainya orang tak terbilang fana dibuatnya..*buad pa ko nk bilang org,xdk keja dh ke*

sini la tmpt korang bole sewa paddleboat 


haa,klu dtg sini dh m'jadi 1 kewajiban untk menaiki paddleboat. #wajibulghunnah#

paddleboat kt sini ada 2jenis, 2seat ( RM10) & 3seat punya.( RM 15).

but yg 3seat ni, bukan yg macam korang bnygkan,ada 3tmpt duduk pa suma.

beza dia hnyalah tmpt kayuh dia much comfort.haha

memandangkan we'olls 5 org,so 2naik 2seat,fana n other pilih yg 3seat.

haa,duduklah engkau dkt tgh2 tuh..jgn smpai jatuh terjun pantai dh la. but not me,my mmber a.k.a

praktikalmate.ngee~

and here we'olls,selfie dlu yeww! ^^
dari kiri; Shira 4ringgit,Kak wook, Fana Gomez,Noni Gonzales,Han Li Po


naik paddleboat ni pun,nyaris2 nk g beli jagung bakaq..hahaha

jenis suma otak gila-gila, Inila kami.. =D


Haa,nak kayuh sgt,amik kau..kayuh puassx10..hehe.cntikkn pemandangan ciptaan Allah



okay,smpai sini dlu,ada masa fana update entri baru ..tenkiu pada yg sudi baca blog neyh.

ohh ya,jgn lupa tinggalkan jejak,bye..assalam



Sunday 30 March 2014

Apa Khabar Wahai Jodohku ..




jodohku
jodohku
Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)
sumber-akuislam

Tuesday 18 February 2014

Is about us

Assalamualaikumm & hyep semua (:

rasa macam dh lama lak tak mencontiang kt blog neyh..huhu

ohh ya,before terlupa nak ucap selamat memasuki sem baru guyss;

pejam celik tuptuptup dah sem akhir rpnya diri ini,and most important part

21y/o already :( *feeling old enough* hehe..

coretan kali ini more kepada personal matter..

alhamdulillah, walaupun cuti sem aku baru-baru ni just

only 1week compare to other (1month)*beza kan*

but,i finally made it..ak akhirnya berjaya solve problem yg sejujurnya membelenggu dri ini ak selama 

beberapa tahun ni..Berkat dari pertolongan buddy ak yg kecik molek ni ,knwn as--> Hum & she still available,hehe :P



Hum,kalau hg baca blog neyh,ak nk ckp ;-

thanks sbab selalu ada di sisi aku time aku susah & senang dari form1 until now;

thanks sebab selalu paham aku,pujuk aku bila aku sedey *walaupun selalunya xpenah mjadi*--> need extra practice ,indeed =D

thanks for lending me your ear & shoulder whenever i need;
thanks jugak sbab always jadi my "Partner Crime" & pelakon tambahan dlm kisah hidup aku
*walaupun kaku*,haha;

thanks always sabar ngan minah cerewet,,gila-gila,potpet2x non stop,kerekk tapi comell ni,oo0ps,haha!

ak harap agar friendship kita ni berkekalan sampai bila2x..

#justimagine ak & hg dh tua kerepot,gigi pun dh tadak da tinggal gusi ja,rambut pun dh beruban tp ak 

maintain comel dari hg,hehe,duduk atas pangkin smbil dok gelak2 cerita psai kita time zmn muda mudi dlu2x

 ditemani oleh husband a.k.a Atuk dh la time n cucu cicit kita...kahkahkah,

Gila luas imagination aku..@_@

done part I,next chapter in Part II,

coming soon (:

stay tuned!   


Friday 10 January 2014

doa untuk exam

Assalamualaikumm (:,

ohh ya,Rasanya belom terlambat ak nk ucapkan Happy New Year kt hangpa semua,

okehh,harini xmao ckp banyak dan xbley ckp bnyk,

sbab pala ak rsa berat,senget sebelah,dan become bigg ala2x mcm jimmy neutron gitu;

myb bnyk sgt info ak absorbe kut *errkk*

cuma tnggu msa nk meletup ja hari ahad ni, @-@

entry kali ni,just nk sharing doa untk exam, 

Just nice la,sebab ak pon nk exam ahad ni,so guys;

hopefully kita semua bole jwb ngan baik,Gud Luck ^^

inshaallah,Allah sentiasa bersama kita :)

berdoalah'..nescaya Allah akan makbulkan,bezanya antara cepat atau lambat ja


1. Doa masa study
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”

2. Doa lepas study
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”

3. Doa memohon kejayaan
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”

4. Doa masa nak jawab soalan exam
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


     -ALL THE BEST-

Friday 13 December 2013

Maksud tersirat di sebalik mimpi ^_0








Assalamualaikum 
lama dh tak up new entry dalam blogg nih,bz praktikal la katakan.. Alhamdulillah,now dah 7 weeks on practical,another 7weeks more to go. Lepas nih,makin b'tmbh bz sbab attached into medical ward..fuhh -,-Mohon agar cepat2 la abes praktikal ni,.Its only make my adrenaline level high perhaps.I really miss my hometown,Penang! Damn missx10..4months xbalik,btoi2 make me suffered.. :( So guys,wish me luck in the bz ward. hope so,ngee!

ohh ya,entry kali ni about mimpi.Sesapa yg keep mimpi benda yg sama,boleh la checkidaout their meanings overhere.mmg rezeki korang la,kebetulan entry kali ni berkaitan ngan korangg..hehe,btw,dont trust too much.kdg2 mksd d'sebalik mimpi tersebut hnya la nasihat dari org2 tua yg xnk kita wt menda bkn2..keep reading ;P



Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
  1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
  6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
  11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
  16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
  19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

*p/s: mohon jangan percaya 100%. Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

Thursday 31 October 2013

ukhuwah fi billah,amin~


.Assalamualaikum 
Hye readers :)

entry kali ini saya shared dari Lyssa,rakan blogger.


Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini. Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : berkawan 3 orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.




Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan ,dan timbullah persoalan antara mereka ..

Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak  

   kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau.

Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."

 dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.
 


Persahabatan itu ibarat 'isi dengan kuku',,bagai 'aur dengan tebing'
kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'
sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakit'

Thursday 17 October 2013

sediakan diri untk b'praktikaL @_@

Assalamualaikum 

haishh,lama gila tak update blogg!

*dh la lama,gila pulak tuh..hmm,nseb la..haha
Palhem2x je la, dh final year ni

bz ngan assimeng,study case ,ward presentation,cross lab,blablabla..

streess takyah dok kata lhaa..

kalau bole tuh,nk ja hantuk2 pala kt dinding,pastu lari  panjat pokok moktan smbil teriak

t'lolong mcm babun tak cukup ekoqq.. -_-

nseb tak 'GI' jaa

but,alhamdulillah dipermudahkan Allah,akhirnya berjaya melalui 6minggu teori dengan

erk jayanya maybe!haha
pahni,fokus on practical plak..cer teka brp minggu??

14 WEEKS
terkezut makk,haha!

Amik kau! 14 minggu bertapa la ang dlm wad tuh,

 syringe+ jarum <--pasni  bole la kita declare as BFF,

Taktau la cmna ak nk mengharunginyaa,hopefully ak boleh coped..

*hopefully,hmm :P

1st week ,ak d'tugaskn to --> ward antenatal ( wad org nak beranak )

feeling excitedd..=D

boleh la godek2 p interview makcik2 kt dlm wad tuh cmna nk beranak,hehe

kidding only;


anyway, selamat berprakkkktikal c/c to all my  Nursing USM batch 5..

~WE ARE NURSES TO BE~
p/s: tabahkan hati anda,tebalkan telinga anda,jyeahh!

uniform praktikal kitaorg..!haha

ada gaya cm flight attendant tak*smbil kelip-kelip mata


Nursing team batch 5 USM ^^